Manuskrip yang perlu diintai & dicoret....
Posted by sheila husain on Jumaat, September 23, 2011. - No comments
" Menari Bersama Ombak"
Ilham datang tak tentu masa, namun ada saja halangan.longgokan kerja, kelas bersama pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dan.....arghhh xperlu disenaraikan, Jadi terpaksa manuskrip ini diketepikan seketika. Insyaallah.....pena akan menari dan terus menari.
Melankolik Cinta
Posted by sheila husain on Jumaat, September 23, 2011. Buku Prima,Melankolik Cinta - No comments
Melankolik Cinta lahir tatkala mata melihat dan merasai suka duka seorang anak kecil yang dilahirkan sebelum ikatan yang sah. Menyelami jauh ke dalam lubuk hatinya membuatkan saya terpanggil untuk menulis. Idea yang digarap sepanjang penulisan menjadikan gadis kecil ini seorang yang tabah dalam mengahadapi onak dan ranjau kehidupan. Haknya sebagai manusia membuatkan gadis ini merasai erti kemanisan hidup seperti insan lain. Sebagai seorang peguam Ayu Alenda sudah cukup puas menikmati kepuasan hidup bersama keluarga tersayang. semuanya terlerai saat hadirnya Imran Qaiser. Hubungan mereka menjadi suatu petaka apabila rahsia yang selama ini dikunci rapat terbongkar. Dapatkah Mereka bersatu.....bersatu dalam melayari bahtera kehidupan.
Sentuhan Rindu
Posted by sheila husain on Jumaat, September 23, 2011. Buku Prima,Sentuhan Rindu - No comments
Kisah cinta tragis antara Syamsul Hirdi dan Intan Zuleika. Tunas percintaan bercambah dengan penuh memori indah. Kehadiran Shamsul Rifki membelenggu jiwa sang abang. Intan Zuleika pasrah dalam membuat percaturan. Bersediakah dia mengiringi kepergian Hirdi selama-lamanya dan bisakah hatinya menerima saudara kembar kekasihnya sebagai teman hidup?????
Join The Community..