Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Posted by sheila husain on Ahad, Oktober 16, 2011. - No comments
Teruja apabila menerima khabar ini. Sungguh tidak menyangka. seringkali berangan-angan novel-novel saya diulang cetak. bukan juga memikirkan tentang pulangan tetapi kepuasan itu amat penting. terasa berbalas segala penat lelah selama tempoh menyiapkan manuskrip. Semangat terus berkobar-kobar untuk menyiapkan manuskrip seterusnya. percaturan demi percaturan dibuat. Harapan menggunung untuk novel seterusnya....
Tidak tergambar perasaan ini.
Posted by sheila husain on Ahad, Oktober 16, 2011. - 1 comment
Tatkala menjengah ke kedai buku. Melihat hasil titik peluh berderetan di rak membuat hati tak keruan. tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan rasa itu. gembira, sedih, semuanya bercampur-baur. sesuai sekali dengan tajuknya. melihat itu juga membuatkan saya ingin terus berkarya......menulis, menterjemahkan sesuatu pada kanvas sesungguhnya membuatkan saya gembi...
Qaiser
Posted by sheila husain on Ahad, Oktober 16, 2011. My hero - No comments
Akhirnya jumpa juga tuan empunya nama.... Qaiser. Terima kasih Qaiser & keluarga kerana memberi kebenaran untuk saya menggunakan nama Qaiser dalam novel saya. Pertemuan di pusat bowling 1Borneo, Kota kinabalu ini akan mejadi moment indah dalam hidup saya. Terima kasih Qai...
Manuskrip yang perlu diintai & dicoret....
Posted by sheila husain on Jumaat, September 23, 2011. - No comments
" Menari Bersama Ombak"
Ilham datang tak tentu masa, namun ada saja halangan.longgokan kerja, kelas bersama pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dan.....arghhh xperlu disenaraikan, Jadi terpaksa manuskrip ini diketepikan seketika. Insyaallah.....pena akan menari dan terus mena...
Melankolik Cinta
Posted by sheila husain on Jumaat, September 23, 2011. Buku Prima,Melankolik Cinta - No comments

Melankolik Cinta lahir tatkala mata melihat dan merasai suka duka seorang anak kecil yang dilahirkan sebelum ikatan yang sah. Menyelami jauh ke dalam lubuk hatinya membuatkan saya terpanggil untuk menulis. Idea yang digarap sepanjang penulisan menjadikan gadis kecil ini seorang yang tabah dalam mengahadapi onak dan ranjau kehidupan. Haknya sebagai manusia membuatkan gadis ini merasai erti kemanisan...
Sentuhan Rindu
Posted by sheila husain on Jumaat, September 23, 2011. Buku Prima,Sentuhan Rindu - No comments

Kisah cinta tragis antara Syamsul Hirdi dan Intan Zuleika. Tunas percintaan bercambah dengan penuh memori indah. Kehadiran Shamsul Rifki membelenggu jiwa sang abang. Intan Zuleika pasrah dalam membuat percaturan. Bersediakah dia mengiringi kepergian Hirdi selama-lamanya dan bisakah hatinya menerima saudara kembar kekasihnya sebagai teman hidup??...